Movie Review: Central Intelligence

Sunday, June 19, 2016

fidlias,central intellingence, the curve mall, petaling jaya,cinema


Apa Khabar semua ?? hahah sudah lama FiE tak update blog ni well maklumlah dah start internship so makin lama makin busy la nak ..ok FiE malas nak ckap banyak hari ni Fie nak bagi Movie Review : Central Intelligence ... seriously korang kene tengok sebab cerita ni memang kelakar habis dan penuh dengan aksi-aksi yang menarik .. mana taknya tengok la sapa Pelakonnya ??? Dwayne Johnson(THE ROCK) dgan Kevin Hart kot memang kelakar habis ah movie.

Movie dia tak lama sangat pun dalam 1 jam 48 minit sahaja . FiE baru je tengok hari ni dekat The Curve Mall seng-soang takpe biarpun seng-soang yang penting enjoy. Sebelum tu FiE takkan ceritakan keseluruhan movie ni sebab FiE tak nak spoilt-kan korang pula sebab korang memang kena tengok sendiri.

So basically kita kena kembali pada tahun 1996 iaitu 20 years ago, Bob Stone (Dwayne Johnson) dia seorang yang sangat gemuk atau selalu orang panggil " Loser "dan selalu kena buli dengan senior-senior yang pembuli-ah manakala Calvin Joyner (Kevin Hart) pula seorang yang sangat popular di dalam High school mereka gelaran untuk Calvin di High School tu ada Golden Jet sebab dia merupakan Top Student di sekolah dia juga adalah champion untuk setiap pertandingan sukan,drama dan macam-macam lagi di High School tu dan dia juga seorang yang baik hati dia bukan yang jenis berlagak ke ape ke dia pernah sekali selamat Bob Stone dari di malukan ketia dia di buli- oleh pembuli-pembuli tu so kiranya dia ni memang hero-ah ...

SETELAH 20 TAHUN BERLALU..

Kini Calvin dah pun berkahwin dan dia telah pun menjadi seorang akauntan di sebuah syarikat, dia merasa malu pada dirinya sendiri walaupun seketika dahulu dia pernah menjadi pelajar no 1 High School dia tapi sekarang dia cuma berkerja sebagai Akauntan biasa dan tidak di-naikkan lagi pangkatnya . Suatu hari, dia mendapat 1 message di Facebook-nya oleh kawan lamanya Bob Stone dan ajak untuk berjumpa dan Calvin pun bersetuju untuk berjumpa maklumlah 20 tahun tak jumpa.

Mereka berjumpa di sebuah Night Club sebaik sahaja Calvin sampai dia pun mecari dimana Bob Stone, Calvin sangat terkejut apa bila melihat Bob dia yang dulu seorang yang Loser gamuk dan selalu di buli sekarang telah kurus oh tidak lebih tepat lagi sudah menjadi abang sado yang tersangatlah sadonya, memang terkejutlah Calvin pun, pada malam tu mereka pun bersembang-lah flash-back balik kenangan masa sekolah dulu dan sebagainya. Bob buat keputusan nak tidur di rumah Calvin sebab dah lanjut malam so Calvin pun bagi lah dia tidur.

Keesokan harinya, ada orang dari CIA datang kerumah Calvin nak mencari Bob, mereka pun masuk kerumah tengok-tengok Bob pun dah hilang Calvin pun terkejut baru sebentar tadi dia lihat Bob tidur atas Sofa-nya, Calvin binggung kena CIA nak mencari kawannya Bob, Rupa-rupanya Bob adalah salah seorang Agent CIA yang disyaki telah mencuri Code Satelit untuk dijualkan kepada pengganas OK STOP!!!



ak tak nak cita lebih sampai situ je ak nak ceritakan .. kalau koang nak pegi ah tengok sendiri serious tak nyesal ak bagi RATE 7/10 untuk movie tu. actually cerita tu yang bestnya lagi ada part touching yang dia ada cakap pasal Friendship memang cerita ni bnyak pasal friendship ah.. So harap koang enjoy and please bagi komen ape pendapat korang pasal movie ni ?

You Might Also Like

0 fan

JOM KOMEN ! JANGAN KEDEKUT SANGAT !

Labels